LENOVO Z50-70 UPGRADE RAM DAN SSD | REPAIR LAPTOP SERDANG

By okcssk In LENOVO No comments

LENOVO Z50-70 UPGRADE RAM DAN SSD | OKCS SERI KEMBANGAN – PUTRAJAYA – CYBERJAYA – SERDANG – PUCHONG – SUNGAI BESI

Pelanggan kami, Tuan Naqiuddin dari UPM, Serdang telah datang ke kedai kami di Putra Walk, Seri Kembangan untuk upgrade RAM dan SSD. Tuan Naqiuddin telah membaca artikal dan post kami sebelum ini berkaitan dengan laptop slow dan lembab. Laptop Tuan Naqiuddin pun mengalami nasib yang sama, sehinggakan hendak menyelesaikan sesuatu tugasan itu mengambil masa yang lama. Ekoran daripada masalah laptopnya ini, dia memberitahu kami kadang-kadang membuatkan dia merasa tertekan. Malah lebih teruk lagi laptopnya itu sentiasa hang apabila membuka banyak aplikasi.

Technician kami telah membuat pemeriksaan percuma keatas laptop Tuan Naqiuddin, spesifikasi asal RAM laptopnya 4GB – 1333mhz, Hard Disk (HDD) Samsung 1TB dengan purata kadar kelajuan 118MB/s, dan HDD juga sudah hampir penuh.

Kami memberi cadangan kepada Tuan Naqiuddin supaya menaiktarafkan HDD kepada Solid State Drive (SSD) kerana kelajuan SSD ini 10 – 20 kali ganda laju berbanding HDD biasa, manakala RAMnya pula dinaiktarafkan kepada 8GB hanya dengan menambahkan lagi 4GB.

Dibawah adalah beberapa gambar semasa proses pemasangan RAM dan SSD:

Ini adalah video hasil selepas pemasangan RAM dan SSD, laptop Tuan Naqiuddin boot dibawah 15 saat. 

Tuan Naqiuddin amat gembira apabila melihat laptopnya boot ke windows tidak sampai 15 saat. Tuan Naqiuddin dapat menggunakan laptopnya seperti sedia kala dan dapat menyiapkan segala kerjanya yang tergendala. Dia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami, kerana kami telah membantu menyelesaikan masalah laptopnya.

Apa-apa pun, Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Naqiuddin kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membaikpulih laptopnya, semoga kita dapat berurusan lagi di lain waktu dan semoga Tuan Naqiuddin dipermudahkan segala urusan.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165