CARA JADIKAN LAPTOP ANDA ADA DUA HARD DISK DRIVE(HDD) | REPAIR-LAPTOP-MACBOOK-SERDANG

By okcssk In SPAREPART No comments
REPAIR-LAPTOP-MACBOOK-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG-PUTRAJAYA

Apa itu HDD Caddy?

Korang pernah dengar tak pasal HDD Caddy? Haaa…HDD Caddy tu adalah sebuah alat untuk memasang hard disk (HDD) atau solid state drive (SSD) tambahan pada sesebuah laptop atau notebook. Ia seperti casing dan memberi peluang kepada laptop kita untuk menambah hard disk yang kedua dalam laptop kita.

Bahagian mana HDD Caddy tu dipasang?

Pertama sekali, CD-Rom dalam laptop kita terpaksa dikorbankan kerana HDD Caddy akan dipasang di bahagian CD-Rom. Walaupun bunyi macam sedih tapi benda ni lebih bermanfaat sebab laptop kita dapat menambah hard disk yang kedua dan sekali gus menambahkan storage dalam laptop. Benda ni juga dapat atasi masalah-masalah pengguna yang memiliki laptop dengan storage hard disk yang terlalu kecil, jadi HDD Caddy ni memberi sinar harapan kepada kita untuk menambah hard disk kedua dalam laptop.

Kebanyakan pengguna laptop sekarang akan upgrade laptop mereka kepada SSD. Sebabnya, seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini SSD lebih ringan, cepat, pantas dan efficient untuk laptop kita. Ia juga kurang menggunakan bateri dan memudahkan pengguna laptop untuk membuat kerja dalam laptop mereka. Jadi, bagi korang yang ada masalah hard disk laptop tak mencukupi atau terlalu sikit, boleh la tambah hard disk dengan HDD Caddy dalam laptop korang.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165