SOLVED : REPAIR MOTHERBOARD iMAC | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In APPLE, iMac No comments

REPAIR MOTHERBOARD iMAC PUTRAJAYA – CYBERJAYA – SERI KEMBANGAN – SERDANG

Gambar dibawah adalah kiriman seorang pelanggan kami, yang mana imac beliau telah mengalami masalah paparan. Apakah yang anda faham pada situasi ini???  Adakah skrin imac nya rosak??? Adakah masalah software??? Anda boleh zoom gambar-gambar dibawah untuk melihatnya dengan lebih jelas : 

 

 
 
 

Hampir 30% pelanggan kami datang membawa imac mereka yang bermasalah seperti diatas. Baiklah saya akan ceritakan bagaimana punca berlakunya masalah paparan ini dan cara penyelesaian bagi masalah diatas 

PUNCA

Selalunya masalah ini berpunca dari chipset Nvidia atau chipset Amd yang dah rentung terbakar.Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien.
 
Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun. Bagaimana hendak mengelak masalah ini?
 
Mudah sahaja, anda hanya perlu servis iMac anda 6 bulan atau 1 tahun sekali. Dengan cara ini, iMac anda mampu bertahan lebih lama untuk berbakti kepada anda. Dibawah ini ada beberapa gambar yang menunjukkan habuk pada heatsink dan kipas penyejuk iMac.
 
 
 
 

PENYELESAIAN

 

Kami memberikan penyelesaian utama kepada masalah ini. Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru! Mungkin anda terpinga-pinga apakah itu chipset grafik. Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar.
 
 
 
 

Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin imac anda. Chipset grafik ini letaknya di motherboard atau pada grafik kad, Oleh kerana chipset grafik adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset biasa. Jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi, banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk, maka mudahlah chipset ni terbakar dan rentung.

Penyelesaian Alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM2000 ke RM3000, jaminan  hanya 3 bulan. Sanggup ke???

Jangan risau, masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah tukar chipset sahaja. Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

– Dapat chipset baru
– Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
– Tahan lama
– Harga berpatutan

Faedah kepada kami –

Customer happy kami happy…:)

 

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165
  

TESTIMONI

 

Dibawah adalah beberapa imac yang telah direpair oleh kami:-