CARA NAK FORMAT WINDOWS 7 | REPAIR LAPTOP PUCHONG

By okcssk In SPAREPART No comments
REPAIR-LAPTOP-MACBOOK-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG-PUTRAJA

Entry kali ini, admin nak tunjukkan bagaimana cara nak format windows 7 dalam komputer. Nak format komputer yang pertamanya korang kena ada CD atau DVD windows 7. Kalau x ada, korang juga boleh guna pendrive yang ada windows 7.

Kalau admin sendiri, admin syorkan guna pendrive jer sebab lebih cepat dan mudah. Tapi ada cara nak letak windows dalam pendrive, bukan main copy paste jer.

Sebelum start format komputer, lebih baik back up semua file penting sebab kalau jadi apa2 masalah tengah2 format tu x adalah korang menyesal.

So ini adalah langkah2 nak format windows 7 (admin guna pendrive, tapi kalau guna CD atau DVD pun lebih kurang sama jer cara dia)

1) Sediakan pendrive yang ada windows 7

2) Cucuk pendrive ke komputer (kalau guna CD/DVD masukkan dalam komputer)

3) On komputer dan korang akan nampak BIOS menu yang bermaksud jenama komputer korang tu terpampang besar pada skrin. BIOS menu nih sekejap jer, so korang kena cepat2 CHANGE BOOT ORDER pada skrin. Untuk komputer acer, tekan F12 pada keyboard tapi untuk komputer jenama lain korang try la tekan F1, F2, F10, DEL atau ESP. Kalau muncul ayat “Press any key to boot from CD or DVD” ,tekan enter pada keyboard.

4) Pilih pilihan bahasa dan klik pada butang Next.

5) Klik pada butang Install Now untuk start install.

6) Klik ‘accept license’ dan next sahaja.

7) Kemudian akan keluar 2 pilihan, UPGRADE dan CUSTOM (ADVANCE). Pilih CUSTOM.

8) Part nih memang sensitif sikit so korang pastikan jangan sampai tersalah. Biasanya akan ada 2 partition dalam komputer. Drive C dan D. Korang kena pilih Partition yang tertulis SYSTEM sahaja. Selepas itu, tekan DRIVE OPTION, klik FORMAT yang ada di bahagian bawah. Habis je Format, pilih Drive yang dah diformat tu dan Tekan NEXT.

9) Sekarang berlakulah proses install windows 7.

10) Semasa proses ini, skrin anda mungkin akan berkelip-kelip (flash) dan komputer akan mula semula (restart) beberapa kali.

11) Selepas semuanya habis, akan ada arahan seperti berikut :

Setup is preparing for the first use.
Insert the username.
Type Password (kalau nak la)
Insert CD Key (Windows 7 Product Key)
Time Zoning
Network Selection (Lan Dan Wlan)
Windows is Finalizing your setting.

Korang ikut semua yang disuruh. Ikut Citarasa sendiri (kecuali CD KEY).

12) Selesai install windows 7, keluarkan pendrive atau CD/DVD dari komputer.

13) Klik Device manager untuk periksa driver ada ke tak dalam komputer korang.

14) Kalau x ada, install driver yang korang boleh download dari internet.

15) Sekarang, kiranya proses install windows 7 berjaya dipasang pada komputer korang. Tahniah!!!

P/s= Kalau korang nak upgrade ke windows lain, boleh update ke windows 8 atau windows 10.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165