WINDOWS DALAM MACBOOK – BOOTCAMP | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In APPLE No comments

Menginstal Windows di Mac menggunakan BootCamp

Pelanggan kami, Cik Puan Fareeha datang menghantar Macbook Pro Retina miliknya ke kedai kami untuk menginstal windows – Bootcamp. Dia sangat memerlukan windows dalam Macbooknya kerana ada beberapa aplikasi tidak support oleh Mac OS dan aplikasi itu hanya boleh digunakan dalam windows untuk membuat kerja-kerjanya. 

Oleh kerana itu, dia membuat carian di Google dan terjumpa kedai kami ” Ok Computer Solution Seri Kembangan”, dia terus menghubungi kami untuk membuat bootcamp.

Technician kami memeriksa Macbook Pro Retina Cik Puan Farehaa untuk mengenalpasti spesifikasi windows yang sesuai untuk dipasangkan.

Macbook Pro Retina Cik Puan Farehaa menyokong Windows 10 versi 64-bit, jadi kami memasang Windows 10 pada Macbook Pro Retinanya. Berikut adalah model Mac yang menyokong Windows 10 versi 64-bit bila diinstal menggunakan Boot Camp. 

  • MacBook Pro (2012 dan versi lebih baru)
  • MacBook Air (2012 dan versi lebih baru)
  • MacBook (2015 dan versi lebih baru)
  • iMac Pro (2017)
  • iMac (2012 dan versi lebih baru)
  • Mac mini (2012 dan versi lebih baru)
  • Mac mini Server (Akhir 2012)
  • Mac Pro (Akhir 2013)

Setelah siap pemasang Windows 10 pada Macbook Pro Retina Cik Puan Farehaa, kami menginstal driver dan aplikasi asas yang diperlukan oleh komputer windows, seperti media player, browser, dan sebagainya.

Cik Puan Farehaa, amat gembira apabila Macbook Pro Retinanya sudah siap diinstalkan Windows. Cik Puan Farehaa, dapat menggunakan Macbooknya untuk menyiapkan segala kerjanya yang tergendala. Dia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami, kerana kami telah membantu menyelesaikan masalahnya.

Apa-apa pun, Terima kasih kami ucapkan kepada Cik Puan Farehaa kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membaikpulih Macbooknya, semoga kita dapat berurusan lagi di lain waktu dan semoga Cik Puan Farehaa dipermudahkan segala urusan.

 

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165