UPGRADE SSD | KEDAI REPAIR LAPTOP PUCHONG

By okcssk In SPAREPART No comments
KEDAI-REPAIR-HDD-MACBOOK-LAPTOP-PUCHONG

Apa itu SSD?

Korang tahu tak SSD tu apa kebenda? Haa SSD tu sebenarnya adalah singkatan kepada Solid State Drive. Ia berfungsi sebagai penyimpan data macam hard disk tapi ia lebih hebat daripada hard disk. Hard disk yang dimaksudkan ini adalah hard disk (HDD) yang ada dalam laptop korang tu. Tapi ini kita panggil sebagai SSD.

Komputer yang ada SSD ni selalunya ada dalam model Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro dari syarikat Apple. Sebab tu korang akan tengok syarikat Apple akan jual Macbook dalam kapasiti yang berbeza iaitu 125GB, 256GB dan 512GB sebab semua kapasiti ini mewakili kapasiti SSD yang ada dalam laptop tu.

Kenapa SSD lagi bagus dari HDD?

Sebab…..

•SSD ni lebih cepat dan pantas berbanding dengan HDD. Kalau nak dibandingkan dengan laptop yang menggunakan SSD dan HDD, laptop yang menggunakan SSD lagi cepat, pantas dan efficient tauuuu. SSD memiliki kelajuan data dua puluh kali ganda berbanding HDD. Contohnya, HDD biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s, manakala SSD mempunyai RW Speed 500-550 MB/s. Jauh lebih hebat, kan??? Tak percaya pergi compare sendiri!

•Kurang guna bateri. Haaa…SSD ni takkan buat bateri laptop korang cepat habis. Tak perlu asyik nak cas laptop 24 jam sebab SSD boleh buat laptop korang beraksi dengan lebih lama…cewahhhh.

•SSD lebih senyap dan sejuk. Apa maksudnya ni? Kalau korang nak tahu, SSD lebih senyap dari HDD sebab SSD takde komponen yang bekerja di dalamnya. Ia juga takde bunyi bising macam “spinning” hard disk sebab ia takde piring dan sekaligus mengurangkan risiko overheat dan kerosakan hardware. So, kalau korang tengah bukak laptop layan movie atau drama Korea memang aman gila laa sebab takde bunyi-bunyi yang tak dikehendaki keluar dari laptop korang tu. Kalau korang dengar something bunyi bising dari laptop korang setiap kali laptop korang baru pasang atau sebagainya, itu kemungkinan berpunca dari bunyi “spinning” hard disk.

•SSD lebih ringan. Kalau korang nak tahu, berat SSD ni lagi ringan daripada HDD. Kalau dah ringan, mestilah mudah dibawa kan? So no wonder la SSD lagi bagus dari HDD.

Mahal tak SSD ni?

Huhuhu…kalau dah lagi bagus, cepat dan pantas dari HDD, mesti lerrr harga lagi mahal kan? So korang faham-faham sendiri laa. Kalau rasa diri korang jenis tak penyabar dan nak semua benda cepat sampai tahap nak hempuk laptop tu lagi-lagi bab nak transfer data atau laptop slow haaa memang sesuai laa pakai SSD ni. Sebelum kesabaran korang hilang sebab guna laptop lembab baik korang tukar HDD ke SSD. Sekian.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165