TIPS PENJAGAAN HDD | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In SPAREPART No comments
REPAIR  LAPTOP-SERI KEMBANGAN-PUTRAJAYA-PUCHONG-SERDANG

Bila korang nak beli sesebuah PC atau laptop, hard disc drive (HDD) adalah benda penting yang perlu korang tahu. Apa jenama nak guna, berapa banyak kapasitinya dan laju ke tak.

Tapi sebelum aku membebel banyak2 nih tapi korang tak tahu apa tu HDD pun x guna jugak. So, meh la aku terang serba sedikit pasal fakta HDD nih.

HDD nih mula diperkenalkan pada 1956 oleh IBM. Then, HDD nih ada platter atau bahasa mudahnya piring yang berputar. Semakin laju platter tu berputar, semakin cepat dan pantas la respon PC/ laptop korang. Sebab tu kadang2 kau akan dengar bunyi macam kipas dalam PC/laptop korang. Tu sebab ada HDD la tu.

Apa kepentingan HDD nih dalam PC/laptop korang?

Okayy, biasa kita dengar HDD nih untuk simpan data & dokumen, kemudian boleh juga dijadikan tempat utk letak system OS dan segala application yang korang install tu. Tapi sebenarnya HDD nih pun dalam golongan Memory yang permanent sebab bila PC atau laptop tu di shutdown still data dan dokumen tu disimpan dan tak hilang.

Macam mana nak tahu HDD dalam PC/laptop korang tu okay atau patut dah kena tukar???

So nih la simptom2 HDD yang patut ditukar.
-PC/laptop amek masa yang lama utk proses booting atau bila nak shutdown.
-Bila nak proses booting pulak, ter stuck atau tersangkut pada kadar masa yang lama
-Proses simple macam COPY PASTE pun jadi terhegeh2 sebab lambat sangat
-Bila pegang hard disk tu boleh rasa panas dia lain macam
-PC/laptop terus gelap walaupun butang power dan monitor tu still menyala

Nasihat di sini, bila PC/laptop korang mengalami masalh2 tersebut, cepat2 buat backup apa benda yang penting dan mustahak tu sebab kalau lesap benda2 tu semua, korang yang merana. Kalau nak beli tukar baru pun bagus sbb HDD nih lebih murah daripada SSD so dapat jimatkan duit korang tu.

Sekian untuk entry kali nih.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165