SERVICE HABUK DAN TUKAR THERMAL PASTE | KEDAI REPAIR LAPTOP PUCHONG

By okcssk In SPAREPART No comments
KEDAI-REPAIR-MACBOOK-LAPTOP-PUCHONG

Ramai di antara kita yang sangat jarang servis laptop dan tidak ambil tahu pun bab-bab servis laptop ni. Servis laptop adalah proses di mana laptop akan dibuka dan segala habuk yang terkumpul di dalam kipas laptop akan dibersihkan. Servis laptop seelok-eloknya dilakukan enam bulan sekali. Semasa servis laptop dilakukan, segala habuk dan debu yang melekat di dalam laptop akan dibersihkan dan thermal paste akan ditukar kepada yang baru.

Pasti korang tertanya kenapa servis laptop seeloknya dilakukan enam bulan sekali, kan? Sebabnya, dalam tempoh enam bulan tu biasanya thermal paste akan mula mengeras. Sebelum tu, korang tahu tak thermal paste tu apa? Thermal paste atau boleh juga dipanggil sebagai thermal gel, thermal compound, heat paste, heat sink paster dan juga heat sink compound adalah satu cairan kental yang memiliki sifat seperti minyak, yang berguna untuk meningkatkan konduktivitas thermal antara dua permukaan dengan mengisi celah-celah mikroskopis.

Okay sambung point tadi, bila thermal paste dah mula mengeras, ia bukan saja akan menghilangkan fungsi utamanya yang menyejukkan dan mengalirkan udara pada bahagian chipset, malah ia akan mula menyerap haba dan menyebabkan laptop kita kadang-kadang jadi terlalu panas atau lebih malang boleh terpadam dengan sendirinya.

Kipas laptop yang berfungsi sebagai sistem penyejukan laptop adalah sangat penting dalam sesebuah laptop. Namun, kipas itu berkemungkinan tidak akan tahan lama dan hilang fungsinya kerana ia boleh memerangkap habuk lebih-lebih lagi jika kita berada di persekitaran yang berhabuk atau ada karpet sebab habuk akan cepat terkumpul pada kipas laptop. Apabila habuk-habuk ini dah terkumpul, sistem penyejukan tidak lagi efisien kerana ia menghalang udara daripada keluar dan menyebabkan komponen penting seperti processor dan pemproses grafik akan rosak kerana terlebih panas.

Kesimpulannya, servislah laptop kita sekerap mungkin demi mendapatkan hayat laptop yang lebih lama. Pastikan laptop kita diservis sekurang-kurangnya enam bulan sekali dan hantarlah laptop kita untuk diservis kepada orang yang pakar sahaja (OK Computer Solution adalah salah satu orang yang pakar.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165