REPAIR WIFI CARD | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In SPAREPART No comments
REPAIR WIFI CARD-SEKITAR SERI KEMBANGAN-PUTRAJAYA-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG

Hai korang, hari ni kita nak bercakap tentang wifi card pulak. Haaa, korang tahu tak wifi card tu apa? Pertama sekali ia mestilah berkaitan dengan wifi kan, dah namanya pun wifi card. So basically wifi card ni adalah satu kartu elekronik di dalam komputer kita yang digunakan untuk menangkap signal wifi dari jaringan wifi. Wifi akan membolehkan kita untuk connect dengan internet. Bila komputer kita dapat menangkap signal wifi, so kita boleh la melayari Internet kan? Senarai wifi yang available dalam komputer kita dapat dilihat hanya dengan klik simbol wifi (iymbol ni selalunya terletak di sebelah kanan bawah skrin komputer kita. Bila klik, kita akan lihat senarai jaringan wifi yang available dan sesetangah wifi aka suruh kita taip passwors sebelum dapat connect. Yang tu korang boleh try sendiri dekat komputer korang.

Komputer tak boleh connect dengan wifi, macam mana ni?!

Untuk pengetahuan korang, ada komputer terutamanya desktop model lama tidak ada fungsi untuk wifi. Ada juga sesetengah komputer yang tak boleh connect dengan wifi sebab wifi card dalam komputer rosak. So macam mana?
Ada dua cara, pertama tukar wifi card baru. Kedua beli wireless adapter. Untuk korang yang komputer sebelum ni boleh connect wifi tapi tiba-tiba dah tak boleh connect boleh tukar wifi card atau beli wireless adapter. Tapi bagi komputer yang memang tiada fungsi connect wifi memang disarankan untuk guna wireless adapter.
Apa beza dua cara ni? Kalau korang tukar wifi card baru, wifi card lebih tahan lama dan semestinya harga agak mahal sebab kita tukar komponen baru dalam komputer kita. Kalau kita beli wireless adapter, pun boleh juga. Ia jauh lebih murah tapi kemungkinan tidak tahan lama (kalau pandai jaga, tahan lama la. Kalau pakai macam nak kasi jahanam, memang rosak la haha), tapi harganya lebih murah dan berpatutan.

Wireless adapter tu apa benda?
Untuk pengetahuan korang, wireless adapter adalah peranti yang dihubungkan kepada laptop atau desktop korang. Macam yang kita tahu tadi, komputer terutamanya komputer model lama tidak ada fungsi untuk wifi. So, kita memang sangat perlukan peranti macam wireless adapter ni untuk membolehkan komputer kita dapat connect dengan wifi. Dekat rumah korang tu kalau ada komputer lama atau laptop yang tak boleh connect dengan wifi memang boleh sangat la nak pakai wireless adapter ni. Cara nak guna wireless adapter pulak mudah je. Bila korang beli nanti, korang hanya perlu install adapter tu ke dalam komputer korang. Wireless adapter ni macam USB drive je, korang hanya perlu cucuk adapter USB tu ke dalam komputer korang lepas tu tengok apa yang akan berlaku seterusnya. Paling penting ikut step ye. Senang je beb!

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165