REPAIR LAPTOP DELL INSPIRON 1420 | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In DELL No comments

REPAIR LAPTOP DELL INSPIRON 1420 SEKITAR SERI KEMBANGAN-PUTRAJAYA-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG

 Repair laptop Dell Inspiron 1420 yang mengalami kerosakkan pada keyboard dan overheating, Pelanggan kami tuan Farhan telah menghantar laptopnya ke kedai kami di Putra Walk, Seri Kembangan. Dia amat stress dengan masalah laptopnya, yang kadang-kadang mati dengan sendiri, tambahan pula keyboard pun banyak yang tidak boleh tekan dan ada sesetengah butang sudah tertanggal.

repair laptop dell

Dia mendapat tahu perkhidmatan kami ini melalui rakannya yang pernah mendapatkan servis daripada kami, rakannya amat berpuas hati dengan servis kami dan menyarankan dia menghantar laptopnya ke kedai kami untuk dibuat FREE CHECK.

Setelah Tuan Farhan menghantar laptopnya ke kedai kami, technician kami terus membuat free check keatas laptopnya. Semasa On laptopnya, ada bunyi “beeping” yang panjang dan laptopnya stuck pada logo windows. Berdasarkan pengalaman kami, bunyi “beeping” yang berpanjangan ini merujuk kepada kerosakkan keyboard, sama juga apabila laptop stuck pada logo windows. 

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, technician kami membuat testing dengan keyboard yang baru, dan memasangnya pada laptop Tuan Farhan. Alhamdulillah, ia membuahkan hasil apabila laptop tuan farhan dapat masuk windows dan berfungsi seperti biasa. Tetapi ada satu lagi masalah yang membuatkan kami semua cuak, apabila laptop Tuan Farhan tiba-tiba mati dengan sendiri (autoshutdown). 

repair laptop dell

Technician kami membuat double check ke atas laptop Tuan Farhan, mendapati laptopnya overheating sehingga terasa bahang panas keluar melalui ruangan kipas penyejuk, yang peliknya tiada angin keluar melalui ruangan itu. kami mengambil keputusan untuk membuat servis pada laptop Tuan Farhan. Berikut adalah beberapa gambar semasa servis dijalankan :

 

repair laptop dell

repair laptop dell

Keadaan pada atas motherboard yang berhabuk

 

repair laptop dell

repair laptop dell

repair laptop dell

Heatsink dan kipas yang dipenuhi habuk. 

 

repair laptop dell

repair laptop dell

repair laptop dell

Thermal paste pada Processor dan Chipset yang sudah kering dah keras.

Hasilnya :

Tuan Farhan amat gembira apabila laptopnya sudah siap diservis dan digantikan keyboard baru, dia dapat menggunakan laptopnya seperti sedia kala. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami, kerana kami telah menyelamatkan laptopnya, katanya ibarat kami memberi nafas yang baru kepada laptopnya untuk terus berbakti kepadanya.

Apa-apa pun, Terima kasih kami ucapkan buat Tuan Farhan, kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membaikpulih laptopnya, semoga kita dapat berurusan lagi di lain waktu dan semoga Tuan Farhan dipermudahkan segala urusan.

 

repair laptop dell

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165