REPAIR FAN HP PAVILION G4-2007TX | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In HP/COMPAQ No comments

REPAIR FAN HP PAVILION G4-2007TX SEKITAR SERI KEMBANGAN-PUTRAJAYA-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG

Repair Fan HP Pavilion G4-2007TX, Pelanggan kami, Cik Farah telah menghantar laptopnya ke kedai kami di Putra Walk, Seri Kembangan. Laptopnya mengalami masalah “The system has detected that a cooling fan is not operating correctly”,”Continued operation is not recommended and may cause unpredictable behavior that could result in random shutdown, data loss or possible system damage. The system will shut down in 15 seconds. To prevent shutdown and continue operation, press the Enter key now”. Teks ini yang selalu keluar apabila dia On laptopnya. Rujuk gambar dibawah :

Dia amat tertekan dan stress dengan masalah yang dihadapi oleh laptopnya, banyak assigment tergendala. Dia membuat carian digoogle dan terjumpa Kedai kami – OKCS Seri Kembangan. 

Setelah Cik Farah menghantar laptopnya ke kedai kami, technician kami membuat free check keatas laptopnya, technician kami mendapati masalah ini berpunca daripada kipas penyejuk. Kipas penyejuk laptop Cik Farah tidak berfungsi dan ini menyebabkan sistem mengeluarkan teks amaran bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Jadi penyelesaiannya disini adalah kami mengantikan kipas penyejuk yang rosak kepada kipas penyejuk yang baru. Pada masa yang sama juga kami mendapati laptop Cik farah ini sangat berhabuk dan tidak pernah diservis. Thermal juga sudah kering dan keras, ini menyebabkan laptop Cik Farah mudah cepat panas.

Berikut adalah gambar semasa proses servis dan pemasangan kipas penyejuk dijalankan:

Proses meleraikan laptop bermula

Keyboard dan semua skru ditanggalkan

Keadan laptop apabila motherboard dikeluarkan

Habuk yang menutupi ruangan keluar angin pada heatsink

Thermal paste yang sudah kering dan keras pada heatsink, processor, dan Gpu Chipset

Thermal paste pada Processor, dan Gpu Chipset

Kipas penyejuk yang rosak

Setelah pemasangan kipas penyejuk yang baru

repair fan hp

Motherboard dipasangkan pada Casing

Test kipas penyejuk yang baru – Berfungsi dengan baik.

repair fan hp

Keadaan laptop yang telah dipasang siap.

Hasilnya :

Cik Farah amat gembira apabila laptopnya sudah siap diservis dan digantikan kipas yang baru, dia dapat menggunakan laptopnya seperti sedia kala dan dapat menyiapkan segala tugasannya yang tergendala. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami, kerana kami telah menyelamatkan laptopnya.

Apa-apa pun, Terima kasih kami ucapkan buat Cik Farah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membaikpulih laptopnya, semoga kita dapat berurusan lagi di lain waktu dan semoga Cik Farah dipermudahkan segala urusan.

 

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165