CARA JAGA ADAPTER | REPAIR-LAPTOP-MACBOOK-PUCHONG

By okcssk In SPAREPART No comments
REPAIR-LAPTOP-MACBOOK-PUCHONG-SERDANG-BALAKONG-PUTRAJAYA

Adapter atau boleh juga dipanggil Power Adapter laptop atau Power Supply laptop. Kalau adapter laptop korang ni rosak, memang susah la sebab korang takkan dapat cas laptop korang. So macam mana tak nak bagi adapter rosak? Jom kita tengok tips-tips penjagaan adapter laptop.

Tips penggunaan adapter laptop:

  • Pastikan adapter korang bersesuaian dengan laptop yang korang pakai. Sebabnya kalau adapter tu tak bersesuaian dengan laptop korang, kemungkinan laptop korang boleh over-charging atau salah satu komponen dalam board rosak.
  • Masa tengah charge laptop, jangan bagi power adapter korang tu terkena air atau berhampiran dengan air sebab takut berlaku renjatan elektrik yang akhirnya mungkin akan memusnahkan laptop korang.
  • Jangan letak power adapter korang atas permukaan benda yang menghasilkan haba untuk mengelakkan kepanasan yang melampau. Kalau dah panas yang melampau tu faham-faham la sebab mungkin boleh mengakibatkan adapter korang rosak atau menyebabkan kejadian yang lebih tragis lagi.
  • Kalau korang nampak penebat adapter korang terkoyak, jangan nak pandai-pandai guna sebab ia akan mengakibatkan litar pintas dan boleh bagi kesan kat laptop korang.
  • Matikan laptop korang dan cabut kabel adapter kalau korang dapati adapter korang terlalu panas. Biarkan adapter sampai dingin, kemudian baru pasang kabel adapter semula dan nyalakan balik laptop korang. Kalau korang biarkan laptop korang terpasang dengan adapter yang panas, ia boleh mengakibatkan laptop korang rosak.

So, itulah tips-tips penggunaan adapter yang korang boleh amalkan. Bersama-samalah kita menjaga dan menyayangi laptop kita agar ia boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Sekian, terima kasih.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI? 

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
 
Atau yang berada di SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>>  
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165