SERVICE ASUS ROG G750JZ OVERHEAT (SOLVED) | OKCS SERI KEMBANGAN

By okcssk In Uncategorized No comments

SERVICE ASUS ROG G750JZ OVERHEAT


APAKAH SITUASI YANG DIALAMI?

Mr. Hock Huat, seorang pelanggan kami yang laptopnya mengalami masalah kepanasan melampau (OVERHEAT) beliau seorang gamer yang tegar, agak stress dengan masalah ini. Katanya sebelum datang ke kedai kami kepanasan maksima laptop beliau mencecah 99°C. Suhu pada tahap ni memang agak membimbangkan beliau.

Bacaan awal suhu sebelum servis

Bacaan lebih teliti sebelum servis

Lalu Mr. Hock Huat beritahu kepada kawannya mengenai masalah yang dihadapi. Kawan beliau mencadangkan beliau untuk membawa laptopnya ke kedai kami, Ok Computer Solution  Seri Kembangan (OKCSSK) kerana berdekatan dengan tempat kerja mereka di Cyberjaya.

 

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Mr. Hock Huat menghantar laptopnya ke OK Computer Solution Seri Kembangan, technician terus melakukan free checking dan diagnose laptop Mr. Hock Huat, hasil daripada pemeriksaan awal technician kami dapati memang laptop Mr. Hock Huat overheat walaupun baru beberapa minit technician kami ON laptopnya. 

Technician kami memberi cadangan kepada Mr. Hock Huat supaya servis bersihkan habuk dan tukar thermal paste.

Setuju dengan cadangan kami, Mr. Hock Huat tinggalkan laptop untuk kami servis. Servis mengambil masa selama 1 – 2 jam.

Dibawah adalah beberapa gambar semasa proses servis dijalankan.

HASIL KERJA

Setelah 1 jam, Laptop Asus ROG G750JZ siap di servis. akan tetapi setelah membuat stress test  keatas laptopnya, suhu tetap tidak turun, kami memberitahu Mr. Hock Huat, beliau mengambil keputusan untuk membeli sendiri thermal paste yang bermaterial tinggi dan membawanya kepada kami untuk kami pasangkan semula pada laptopnya. Thermal paste yang kami ada tidak sesuai untuk laptop gaming kerana kadar penyerapan haba sederhana, ianya sesuai untuk laptop biasa sahaja.

Setelah pemasangan semula thermal paste baru, kami membuat stress test dan dibawah adalah hasilnya;

Kami melihat Mr. Hock Huat amat-amat gembira, dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kami. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami ini.

KESIMPULAN

Apa yang dapat kami rumuskan disini adalah kadar penyerapan haba bergantung kepada kualiti dan material thermal paste dan cara pemasangan thermal paste itu sendiri. Jadi untuk laptop gaming ini kami cadangkan anda diluar sana agar sentiasa check suhu laptop anda sebelum, semasa dan selepas anda bermain game. Nasihat kami jika suhu laptop anda sebelum memulakan apa-apa program sudah mencecah 60°C keatas, cepat-cepatlah anda membawa laptop anda servis. Kami syorkan anda servis laptop anda 2 kali setahun atau 1 kali setahun. Ini membantu memanjangkan jangka hayat komponen laptop anda.
 
Terima kasih kami ucapkan kepada Mr. Hock Huat kerana mempercayai servis kami, segala apa yang kekurangan akan kami perbaikikan. Semoga kita dapat berurusan lagi dilain waktu.
 
 

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

 
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor atau yang berada di sekitar SERI KEMBANGAN
 
📲Whatsapp direct guna link ni >>> 
 
 
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya
 
📱Hotline :  0199169165
 
Penulis