REPAIR LAPTOP DELL INSPIRON N4050 – HARD DISK ROSAK

By okcssk In Uncategorized No comments

 

Dell Inspirion N4050 keluaran penghujung tahun 2011 adalah komputer riba yang mempunyai reka bentuk yang sangat bergaya. 

Komputer riba ini juga menggunakan generasi kedua pemproses Intel Core yang berfungsi dengan pantas, mudah mengakses media sosial, muzik dan video. 


Komputer riba ini menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasi, Dell Inspirion N4050 juga boleh menggunakan Linux Ubuntu 10.10 sebagai sistem operasi

Dell Inspirion N4050 dilengkapi dengan ciri seperti Wireless LAN, webcam, paparan 14 inci dan banyak lagi.

Dell Inspirion N4050 yang disokong oleh pemproses Intel Core i3-2310M atau Core i5-2410M dengan teknologi “Turbo Increase”. Selain itu, terdapat Intel chipset Intel HM 67, 4GB DDR3 RAM 1333 MHz, Hard Disk – SATA 500 rpm sehingga 500 GB, grafik HD 3000 (dalam tugasan minimum) atau AMD ATI Radeon HD 6470M (dalam tugasan maksimum) dengan memori 1 GB.

Dell Inspirion N4050 dilengkapi dengan paparan TrueLife HD 14 inci dengan resolusi 1366 x 768 piksel. 

Ciri-ciri yang hebat pada pada masa itu, membuatkan laptop ini mendapat sambutan hangat di pasaran, tetapi kini bagi kami laptop ini sudah tua dengan usia 5 – 6 Tahun lepas, laptop ini sudah dijangkiti beberapa penyakit tua yang mana Hard Disk (HDD) kian uzur dan sudah mencapai had penggunaannya.

Hampir 70% pengguna laptop yang dibeli pada 3 – 4 tahun lepas mengalami masalah bluescreen of death (BSOD).

Blue Screen Of Death (BSOD)


Kebanyakkan masalah BSOD ini melibatkan HDD, dimana kegagalan HDD berfungsi  dengan baik menyebabkan sistem operasi crash, malah ada diantara HDD tidak dapat untuk dipasang sistem operasi yang baru.




Penyelesaian kepada masalah ini, hanya bertukar kepada HDD yang baru atau untuk lebih pantas dangan teknologi yang canggih, anda boleh menaiktarafkan HDD anda kepada Solid State Drive (SSD).

Baca disini Kelebihan Solid State Drive (SSD) –> < http://bit.ly/2kr2rPD >



[ Pertanyaan Melalui Whatsapp ]