DESKTOP : KOMPUTER AUTO SHUTDOWN KERANA PROCESSOR PANAS

By okcssk In Uncategorized No comments

2 minggu lepas, komputer ini dibawa ke OKCS Damansara Perdana untuk mendapatkan free checking dari kami. Tuannya mengadu komputernya sering tertutup sendiri (auto shutdown) setelah digunakan selama beberapa minit. Auto Shutdown adalah permulaan kerosakan yang menjurus kepada berlakunya kerosakan motherboard, power supply dan banyak lagi. 


Pemeriksaan mendapati kipas bagi menyejukkan processor tidak berfungsi kerana dipenuhi habuk. Apabila kipas tidak berfungsi, processor akan menjadi panas apabila dihidupkan. Sesetengah komputer mempunyai arahan tersendiri dimana sistem akan dimatikan serta merta jika processor mempunyai suhu yang amat tinggi. Apa pula nasib yang akan menimpa jika arahan yang diprogramkan tidak menjadi? Sanggupkah anda mengeluarkan belanja yang tinggi sedangkan boleh berjimat dengan sentiasa memantau keadaan komputer dari semasa ke semasa mengikut kaedah penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance)?


Komputer ini kemudiannya dibaiki oleh technician kami. Ianya mengambil masa hanya 1-3 hari. Kosnya pula boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS yang berdekatan. Jika ada barang yang perlu diganti, pihak kami akan memberitahu dahulu samada barang gantian tersebut masih ada stok ataupun tidak. Kami akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah anda.


Gambar dibawah menunjukkan komputer ini berjaya dibaikpulih dan sedia berkhidmat kepada tuannya semula. Pelanggan kami sangatlah gembira kerana masalah dapat diselesaikan dengan tidak menelan kos yang mahal berbanding sesetengah tempat yang memaksanya menukar komponen yang tidak sepatutnya. Kini, dia tiada lagi masalah ketika menggunakan komputer. Dan kami menasihatinya untuk segera ke kedai kami untuk mendapatkan perkhidmatan free checking yang disediakan oleh OK Computer Solution.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA 

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya