USB Killer – Menjadikan Komputer Anda Rosak Dengan Hanya Menghubungkan Pemacu USB

By okcssk In Uncategorized No comments

Bagi para pengguna komputer – terutamanya di universiti dan kolej, salah satu igauan adalah apabila rakan-rakan menggunakan pemacu USB pada komputer mereka – memandangkan malware mudah untuk tersebar melaluinya dan memberikan kesan kepada data dan dokumen anda pada komputer.

Jika anda risaukan berkenaan, mungkin anda akan lebih risaukan mengenai sebuah produk baru yang dinamakan sebagai USB Killer ini.

USB Killer membawakan rekaan seumpama pemacu USB biasa, dan telah direka oleh pengkaji sekuriti di Russia. Melalui USB Killer, ia memfokuskan untuk merosakkan komputer dengan hanya menghubungkan ia kepada port-USB komputer berkenaan.

Menggunakannya, ia menyimpan dan menghantar kuasa elektrik melalui USB, sekaligus menjadikan komputer berkenaan tidak boleh digunakan atau rosak. Ia dikatakan lebih kepada memberikan kesan terhadap papan induk, dan tiada data yang terkesan atau mengalami kerosakkan.

Pihak berkenaan tidak berkongsi sebarang perkara teknikal berkaitan dengan USB Killer ini buat masa ini. Tetapi konsep penggunaannya sendiri boleh dikatakan mungkin merisaukan ramai pihak – dan pada masa yang sama seperti memberikan penggunaan lebih kurang seperti pada beberapa filem aksi.

SUMBER RUJUKAN: LINK
SUMBER GAMBAR: DARK PURPLE


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya