KOMPUTER TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN KERANA POWER SUPPLY TERBAKAR

By okcssk In Uncategorized No comments


Komputer milik pelanggan kami tidak dapat dihidupkan. Pelanggan kami berasa sangat gelisah kerana tarikh tamat Projek Tahun Akhir IPT nya semakin dekat dan beliau masih belum dapat menyiapkannya. Tambahan pula, komputernya mengalami masalah yang sangat serius.

Tidak dapat dihidupkan setelah dicuba beberapa kali.

PSU iaitu Power Supply Unit pada komputernya didapati rosak. Kerosakan seperti ini adalah sangat serius kerana jika tidak dibaiki komputer memang tidak akan dapat berfungsi seperti biasa.


Pelanggan bernasib baik kerana komponen lain tidak terjejas.


Power Supply lama dikeluarkan untuk diagnose terlebih dahulu.
Pelanggan kami mengambil keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada technician kami untuk membaikpulih komputernya. Technician kami menukar PSU lama kepada yang baru. Ini kerana PSU lama memang tidak boleh berfungsi setelah diperiksa. Penukaran PSU hanya akan mengambil masa yang singkat sahaja bergantung kepada stok barang gantian tersebut. 

Pelanggan ambil keputusan untuk tukar dengan yang baru.

Power Supply Unit baru dipasang dan sedia untuk diuji.

Pelanggan kami sangatlah gembira selepas ini kerana tiada masalah bagi beliau untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir nya yang tergendala setelah menerima komputernya semula dan mengetahui bahawa komputernya dapat berfungsi seperti sediakala.

Komputer berjaya dihidupkan dan pelanggan bersedia membawanya pulang.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

TEKAN GAMBAR DI BAWAH UNTUK

TERUS WASAP SAYA