KAD GRAFIK (GRAPHIC CARD ‘GPU’)

By okcssk In Uncategorized No comments

Unit Pemprosesan Grafik atau dikenali sebagai ‘Graphic Processing Unit’ (GPU), seperti mana namanya begitulah fungsinya. Mengapakah ramai yang berminat dengan GPU ini..? untuk apa..? dan mengapakah harganya tersangatlah mahal..? malah lebih mahal daripada CPU itu sendiri dengan bermula daripada RM100 sehingga mencecah ribuan ringgit..?

GPU Cheap
RM 100???
GPU NOT so cheap
RM….????
GPU merupakan perkakasan yang digunakan untuk memproses data grafik untuk dipaparkan pada skrin, monitor dan seangkatan dengannya.
Dahulunya GPU hanyalah digunakan untuk sekadar memaparkan proses yang asas sahaja,
excel
hanya pereka pelan, animasi 3D (3 Dimensi) dan kepada mereka yang memerlukan tugas – tugas pemprosessan grafik yang tinggi sahaja memerlukan kad GPU yang berkuasa tinggi untuk menjalankan kerja -kerja mereka dengan lebih lancar.
autocad
Ini kerana perisian yang mereka gunakan memerlukan kad GPU berkuasa tinggi untuk memproses data grafik yang lebih kompleks.
Kini penggunaan kad GPU yang berkuasa tinggi makin banyak dikalangan pengguna komputer, ini kerana kebanyakan pengguna komputer ingin menjalankan permainan 3D yang kian berubah mengikut peredaran zaman dan memerlukan pemprosesan grafik yang semakin tinggi.
Haa… macam mana..? cantik grafiknye ye..? inilah apa yang dimaksudkan dengan kad GPU berkuasa tinggi atau nama biasa dipanggil ‘High-End Graphic Card’.
Walau bagaimanapun setiap kad grafik mempunyai spesifikasi yang tertentu, ada kad grafik yang digunakan untuk kerja – kerja arkitek, pereka animasi dan sebagainya tetapi tidak dapat digunakan untuk memainkan permainan yang canggih seperti diatas tadi, begitu juga lah sebaliknya kegunaan kad grafik untuk memainkan permainan yang ‘Hard core’.
sumber – LINK 
 BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya