ASUS ROG STRIX GL702ZC : Gaming Laptop Pertama Menggunakan CPU AMD Ryzen

By okcssk In Uncategorized No comments
Laptop ini dinamakan ASUS ROG STRIX GL702ZC, dan ia hadir dengan pelbagai spesifikasi-spesifikasi yang cukup menarik. Ia digerakkan oleh CPU AMD Ryzen 7 1700, yang hadir dengan 8 terasdan 16 bebenang kuasa. Dari segi memori, ia hadir dengan beberapa konfigurasi yang berbeza, tetapi mampu menyokong jumlah memori sehingga 32GB tanpa sebarang masalah.
Untuk storan pula, laptop ini dilengkapi dengan pilihan SSD NVMe sebanyak 128GB hingga 512GB dan juga sebuah cakera keras SSHD sebesar 1TB. Pilihan kad grafik menjadi tanda tanya yang terbesar untuk laptop ini, kerana kad grafik AMD RX Vega belum lagi diumumkan oleh pihak AMD. Persoalan tersebut kini sudah terjawab, kerana pihak ASUS menggunakan kad grafik AMD RX 580.
Paparan laptop ROG STRIX GL702ZC ini bersaiz 17.8 inci, dan mempunyai resolusi paparan Full HD (1920×1080). Ia juga hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan AMD FreeSync 2, tetapi apabila ditanya, pihak ASUS tidak dapat memberikan kata putus mengenai nilai kadar segar semula paparan tersebut.
Dari segi I/O, laptop ini hadir dengan tiga port USB 3.0, sebuah port USB 3.1 Type-C, Mini DisplayPort dan juga HDMI. Seperti kebiasaannya, ia juga mempunyai sebuah pembaca kad SD.
Sumber : LINK 
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya