APPLE IMAC MEMAPARKAN TANDA SOAL (QUESTION MARK) PADA SKRIN

By okcssk In APPLE, Uncategorized No comments
Apple iMac dihantar ke OKCS Damansara Perdana oleh seorang pelanggan yang bekerja sebagai Graphic Designer. Antara butir-butir masalahnya, selepas komputer dihidupkan, skrin hanya memaparkan tanda soal (question mark) seperti ini “?”. Pelanggan kami sangat gelabah kerana data-data penting pelanggannya disimpan dalam komputer tersebut.
Question Mark dipaparkan pada skrin.


Pihak OKCS menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap iMac tersebut. Technician kami memberi cadangan supaya Hard Disk nya ditukar. Walaupun masih boleh digunakan, masalah ini akan berulang kembali jika dibiarkan begitu sahaja. 

iMac dibuka untuk tujuan baikpulih.


Technician kami menukarkan Hard Disk Drive IMAC tersebut kepada Solid State Drive. 
“Rujuk (Perbezaan Hard Disk Drive (HDD) vs Solid State Drive (SSD)“. Kosnya adalah sekitar RM400. Boleh disiapkan dalam tempoh 1-3 hari sahaja.

Pemasangan semula iMac



Pelanggan kami sangatlah seronok kerana beliau dapat kembali data-data pelanggannya. Technician kami memindahkan semua data-data nya ke dalam SSD baru tersebut. Kini, iMac kepunyaannya berfungsi semula dengan performance yang lebih mantap.

iMac diuji oleh technician.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

TEKAN GAMBAR DI BAWAH UNTUK

TERUS WASAP SAYA